Language:

Search

AaraBookkeeping: Urus Kewangan Perniagaan Kecil, Masjid dan Persatuan dengan Lebih Mudah, Teratur dan Sistematik

AaraBookkeeping: Urus Kewangan Perniagaan Kecil, Masjid dan Persatuan dengan Lebih Mudah, Teratur dan Sistematik

AaraBookkeeping: Urus Kewangan Perniagaan Kecil, Masjid dan Persatuan dengan Lebih Mudah, Teratur dan Sistematik

Urus kewangan dengan lebih mudah, teratur dan sistematik — kini dengan tawaran istimewa bersamaan hanya RM20 sebulan!

Mengurus Kewangan Tidak Semestinya Rumit

Setiap perniagaan, sama ada kecil atau besar, memerlukan pengurusan kewangan yang baik. Begitu juga dengan masjid, surau, persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Namun, masih ramai yang menguruskan rekod kewangan menggunakan buku catatan, fail Excel, resit yang disimpan di dalam laci atau pelbagai aplikasi yang berasingan.

Kaedah ini mungkin memadai pada peringkat awal. Tetapi apabila jumlah transaksi semakin bertambah, pengurusan kewangan boleh menjadi semakin mencabar.

Pernahkah anda bertanya kepada diri sendiri?

  • Berapakah pendapatan sebenar bulan ini?
  • Ke manakah wang telah dibelanjakan?
  • Adakah perniagaan memperoleh keuntungan atau mengalami kerugian?
  • Berapakah baki wang di bank dan tunai?
  • Bagaimanakah wang sumbangan dan geran telah digunakan?
  • Adakah laporan kewangan tersedia untuk mesyuarat dan semakan audit?

Persoalan-persoalan inilah yang mendorong kami menawarkan AaraBookkeeping, sebuah platform pengurusan perakaunan dan pentadbiran organisasi secara dalam talian.

PROMOSI ISTIMEWA AKHIR TAHUN 2026

RM480 / 2 Tahun

Bersamaan hanya RM20 sebulan!

Pakej Bookkeeping • Jimat RM238 • Sehingga 31 Disember 2026

Kenali AaraBookkeeping → 

 

1. Apa Itu AaraBookkeeping?

AaraBookkeeping merupakan sistem berasaskan awan (cloud-based system) yang membantu perniagaan dan organisasi menguruskan rekod kewangan serta pentadbiran secara lebih tersusun dalam satu platform.

Tidak perlu memasang perisian perakaunan pada setiap komputer. Pengguna boleh mengakses sistem melalui pelayar web menggunakan komputer, komputer riba atau peranti mudah alih dengan sambungan internet.

Antara fungsi utama AaraBookkeeping ialah:

📊 Bookkeeping & Accounting

  • Carta Akaun (Chart of Accounts)
  • Rekod pendapatan dan perbelanjaan
  • Catatan jurnal (Journal Entry)
  • Lejar Am (General Ledger)
  • Imbangan Duga (Trial Balance)
  • Penyata Untung Rugi atau Lebihan dan Defisit
  • Penyata Kedudukan Kewangan (Balance Sheet)

👥 HR & Payroll

  • Pengurusan maklumat pekerja
  • Rekod kehadiran
  • Pengurusan cuti
  • Pengurusan penggajian
  • Rekod pinjaman pekerja
  • Pengurusan tugasan
  • Notis dan komunikasi dalaman

Dengan rekod transaksi yang lengkap dan tepat, pengguna dapat menyediakan laporan kewangan dengan lebih sistematik tanpa perlu melakukan setiap pengiraan secara manual.

2. AaraBookkeeping untuk Perniagaan Kecil

Fahami Kedudukan Kewangan Perniagaan Anda

Ramai usahawan kecil memberikan sepenuh perhatian kepada usaha meningkatkan jualan, mendapatkan pelanggan dan mengembangkan perniagaan.

Namun, jualan yang tinggi tidak semestinya bermaksud perniagaan memperoleh keuntungan yang tinggi.

Ada kalanya wang masuk setiap hari, tetapi pemilik perniagaan sendiri tidak mengetahui berapa banyak keuntungan sebenar selepas mengambil kira kos operasi.

AaraBookkeeping membantu usahawan merekodkan transaksi seperti:

PendapatanPerbelanjaan
Jualan produkPembelian stok
PerkhidmatanSewa premis
KomisenGaji pekerja
Pendapatan sampinganBil utiliti
Pendapatan lainPengangkutan dan pemasaran

Daripada rekod tersebut, pemilik perniagaan boleh memahami prestasi kewangan dengan lebih baik dan menggunakan maklumat berkenaan untuk membuat keputusan.

Siapa yang Sesuai Menggunakan AaraBookkeeping?

  • Peniaga kedai runcit
  • Pengusaha restoran dan kedai makan
  • Peniaga dalam talian
  • Pengusaha homestay
  • Kontraktor kecil
  • Freelancer dan perunding
  • Pengusaha butik dan salun
  • Ejen pelancongan
  • Penyedia perkhidmatan profesional
  • Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS)

Jangan tunggu sehingga perniagaan menjadi besar untuk mula mengurus akaun dengan baik. Pengurusan kewangan yang baik boleh membantu perniagaan berkembang.

           

3. AaraBookkeeping untuk Masjid dan Surau

Mengurus Amanah Masyarakat dengan Lebih Telus

Pengurusan kewangan masjid bukan sekadar merekod wang masuk dan wang keluar.

Ia juga melibatkan amanah masyarakat.

Wang yang diterima melalui tabung masjid, sumbangan orang ramai, infak, wakaf dan geran daripada pelbagai pihak perlu diuruskan mengikut tujuan serta syarat penggunaannya.

Ahli jawatankuasa masjid, khususnya bendahari, memerlukan sistem yang dapat membantu mereka menyelenggara rekod kewangan dengan lebih teratur.

Contoh Pendapatan Masjid

  • Kutipan tabung Jumaat
  • Sumbangan orang ramai
  • Infak dan sumbangan khas
  • Geran kerajaan atau agensi
  • Sumbangan program Ramadan
  • Pendapatan sewaan
  • Sumbangan pembangunan

Contoh Perbelanjaan Masjid

  • Elaun imam, bilal dan petugas
  • Bil elektrik dan air
  • Penyelenggaraan bangunan
  • Program keagamaan
  • Aktiviti kebajikan
  • Program Ramadan
  • Pembelian peralatan

Dengan penyediaan Carta Akaun yang sesuai, setiap kategori pendapatan dan perbelanjaan boleh direkodkan secara berasingan bagi memudahkan penyediaan laporan kewangan.

           

4. Contoh Praktikal: Mengurus Wang Geran Program Masjid

Bayangkan sebuah masjid menerima geran RM9,000 untuk melaksanakan dua program, dengan peruntukan RM4,500 bagi setiap program.

PerkaraAmaun (RM)
Geran Program A4,500
Geran Program B4,500
Jumlah geran diterima9,000
Perbelanjaan Program A4,200
Perbelanjaan Program B4,000
Jumlah perbelanjaan8,200
Baki wang geran800

Melalui penyediaan akaun pendapatan dan perbelanjaan yang bersesuaian, bendahari boleh mengenal pasti jumlah wang yang diterima, jumlah yang telah dibelanjakan serta baki peruntukan.

Nota: Angka perbelanjaan di atas adalah contoh ilustrasi. Pengiktirafan geran sebagai pendapatan atau dana terhad hendaklah mengambil kira syarat pemberian geran dan dasar perakaunan organisasi.

Maklumat kewangan yang teratur membantu pihak pengurusan menyediakan laporan kepada ahli jawatankuasa, penyumbang dan agensi pemberi geran.

Ketelusan kewangan bukan sekadar memenuhi keperluan pentadbiran, tetapi juga membantu memelihara kepercayaan masyarakat.

📚 Bacaan Lanjut

Terokai artikel berkaitan pengurusan wang geran, peruntukan program dan asas perakaunan masjid melalui koleksi nota AaraBookkeeping.

Baca artikel dan panduan perakaunan → 

5. Sesuai Juga untuk Persatuan, NGO dan Pertubuhan Komuniti

Selain perniagaan dan masjid, AaraBookkeeping juga boleh digunakan oleh:

  • Persatuan penduduk
  • Pertubuhan kebajikan
  • Kelab sukan dan rekreasi
  • Persatuan alumni
  • Pertubuhan belia
  • NGO
  • Jawatankuasa komuniti

Organisasi ini lazimnya menguruskan pelbagai sumber kewangan seperti yuran keahlian, sumbangan, geran dan peruntukan aktiviti.

Sistem perakaunan yang tersusun boleh membantu menyediakan laporan kewangan untuk mesyuarat agung tahunan (AGM), semakan juruaudit dan pertukaran ahli jawatankuasa.

Apabila seseorang bendahari menamatkan tempoh perkhidmatannya, rekod kewangan yang lengkap juga dapat membantu proses penyerahan tugas kepada penggantinya.

Iklan | Arinara Homestay Near IOI City Mall & Putrajaya

6. Lebih daripada Sistem Perakaunan — HR dan Payroll dalam Satu Platform

Bagi perniagaan yang mempunyai pekerja, pengurusan kewangan hanyalah sebahagian daripada cabaran operasi harian.

Pengurusan kehadiran, cuti, maklumat pekerja dan pembayaran gaji juga memerlukan perhatian.

Melalui pakej AaraBookkeeping yang merangkumi modul HR dan Payroll, organisasi boleh menguruskan beberapa fungsi pentadbiran seperti:

  • Maklumat dan rekod pekerja
  • Kehadiran pekerja
  • Permohonan dan pengurusan cuti
  • Rekod pinjaman pekerja
  • Pengurusan penggajian
  • Pengurusan tugasan
  • Notis dan komunikasi dalaman

Integrasi fungsi perakaunan dan pentadbiran dalam satu platform dapat membantu mengurangkan kebergantungan kepada pelbagai aplikasi yang berasingan.

Iklan | Trip.com Flight Search Form

7. Tiada Latar Belakang Perakaunan? Mulakan dengan Asas

Salah satu kebimbangan utama pengguna baharu ialah mereka tidak mempunyai latar belakang perakaunan.

Istilah seperti debit, kredit, lejar am, imbangan duga dan penyata kedudukan kewangan mungkin kedengaran rumit.

Namun, pengguna boleh mempelajarinya secara berperingkat.

Kami percaya bahawa menyediakan sistem sahaja tidak mencukupi. Pengguna juga perlu diberikan akses kepada bahan pembelajaran yang dapat membantu mereka memahami cara sistem digunakan.

Atas sebab itu, kami menyediakan video tutorial serta artikel panduan melalui Aara Business Solutions dan AaraStories.

8. Belajar Secara Percuma melalui Video Tutorial Aara Business Solutions

Saluran YouTube Aara Business Solutions menyediakan video panduan penggunaan AaraBookkeeping yang boleh ditonton mengikut kesesuaian masa pengguna.

Antara topik pembelajaran yang disediakan ialah:

  1. Pengenalan kepada Carta Akaun (Chart of Accounts)
  2. Cara menyediakan akaun pendapatan
  3. Cara menyediakan akaun perbelanjaan
  4. Cara merekodkan transaksi kewangan
  5. Memahami catatan jurnal (Journal Entry)
  6. Memahami Lejar Am (General Ledger)
  7. Memahami Imbangan Duga (Trial Balance)
  8. Penyediaan Penyata Untung Rugi atau Lebihan dan Defisit
  9. Memahami Penyata Kedudukan Kewangan (Balance Sheet)

Video ini juga sesuai dijadikan bahan rujukan kepada usahawan kecil, bendahari masjid, ahli jawatankuasa persatuan dan individu yang ingin mempelajari asas perakaunan.

▶️

Tonton Video Tutorial AaraBookkeeping

Belajar langkah demi langkah, mengikut masa dan kemampuan anda.

Aara Business Solutions

Tonton di YouTube → 

Jangan lupa subscribe untuk mengikuti video panduan akan datang.

9. Baca Nota, Artikel dan Panduan Perakaunan Kami

Selain video tutorial, kami turut menyediakan koleksi artikel dan nota pembelajaran melalui ruangan AaraBookkeeping di AaraStories.

Antara topik yang dibincangkan termasuk:

  • Asas pengurusan kewangan perniagaan kecil
  • Kepentingan penyimpanan rekod perakaunan
  • Pengurusan kewangan masjid
  • Pengurusan geran dan peruntukan program
  • Penyediaan laporan kewangan
  • Kesedaran mengenai e-Invois
  • Pengalaman dan pengajaran daripada dunia perbankan

Artikel ini disediakan bukan sahaja untuk pelanggan AaraBookkeeping, tetapi juga untuk orang ramai yang ingin meningkatkan pengetahuan dalam bidang pengurusan kewangan.

📚

Koleksi Nota & Artikel AaraBookkeeping

Tonton, baca, fahami dan praktikkan.

Terokai Artikel dan Panduan → 

10. Pakej Langganan AaraBookkeeping

Kami menawarkan pilihan langganan tahunan mengikut keperluan perniagaan dan organisasi.

Bookkeeping

RM359

Setahun

Bersamaan RM29.92 sebulan


  • Carta Akaun
  • Pendapatan dan perbelanjaan
  • Catatan jurnal
  • Lejar Am
  • Imbangan Duga
  • Laporan kewangan

Sesuai untuk perniagaan kecil, masjid, surau dan persatuan.

Pilih Bookkeeping 

Bookkeeping + HR & Payroll

RM999

Setahun

Bersamaan RM83.25 sebulan


  • Semua fungsi Bookkeeping
  • Pengurusan sumber manusia
  • Maklumat pekerja
  • Kehadiran dan cuti
  • Pengurusan Payroll
  • Rekod pinjaman pekerja

Sesuai untuk perniagaan dan organisasi yang mempunyai pekerja.

Pilih Pakej Lengkap 

Kos setara bulanan adalah untuk tujuan perbandingan. Langganan biasa adalah berdasarkan pakej tahunan.

Bookkeeping — Kurang daripada RM1 Sehari

Dengan langganan RM359 setahun, kos menggunakan AaraBookkeeping adalah sekitar 98 sen sehari.

Satu pelaburan yang boleh membantu perniagaan atau organisasi membina amalan pengurusan kewangan yang lebih tersusun.

🎉 PROMOSI ISTIMEWA AKHIR TAHUN 2026

Langgan 2 Tahun, Jimat Lebih Banyak!

Mulakan tahun 2027 dengan pengurusan kewangan yang lebih sistematik.

Harga biasa RM718

RM480

Untuk Langganan 2 Tahun

Bersamaan RM20 Sebulan!

JIMAT RM238 (33%)   

Harga biasa setahunRM359
Harga biasa 2 tahunRM718
Harga promosi 2 tahunRM480
Kos setara sebulanRM20
Kos setara sehariRM0.66
Jumlah penjimatanRM238 (33%)

Sempena akhir tahun 2026, AaraBookkeeping menawarkan pakej langganan istimewa kepada usahawan kecil, masjid, surau, persatuan dan NGO yang ingin beralih kepada sistem perakaunan digital dengan kos yang lebih berpatutan.

Dengan hanya RM480, anda boleh menikmati akses kepada pakej Bookkeeping selama 24 bulan — bersamaan hanya RM20 sebulan atau sekitar 66 sen sehari.

  • ✅ Akses modul Bookkeeping selama 24 bulan
  • ✅ Rekod pendapatan dan perbelanjaan
  • ✅ Carta Akaun dan catatan jurnal
  • ✅ Lejar Am dan Imbangan Duga
  • ✅ Penyata dan laporan kewangan
  • ✅ Video tutorial percuma
  • ✅ Nota dan artikel panduan

Bayangkan, dengan kos kurang daripada secawan kopi sehari, anda boleh mula membina amalan pengurusan kewangan yang lebih teratur untuk perniagaan atau organisasi anda.

📅 Tawaran Tamat 31 Disember 2026 

Tawaran melibatkan pakej Bookkeeping sahaja, dengan bayaran sekali gus RM480 bagi tempoh langganan 24 bulan. Tidak termasuk modul HR & Payroll. Tertakluk kepada terma dan syarat.

11. Cuba AaraBookkeeping Secara Percuma Selama 14 Hari

Tidak perlu membuat keputusan secara tergesa-gesa.

Anda boleh mencuba AaraBookkeeping selama 14 hari untuk mengenali fungsi sistem, meneroka modul yang tersedia dan menilai kesesuaiannya dengan keperluan organisasi anda.

Gunakan juga video tutorial serta artikel panduan kami sepanjang tempoh percubaan tersebut.

🚀

Mulakan Pengurusan Kewangan yang Lebih Sistematik Hari Ini

Kenali sistem terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk melanggan.

Cuba Percuma 14 Hari → 

12. Tiga Platform, Satu Matlamat

Kami menyediakan bukan sahaja teknologi, tetapi juga sumber pembelajaran bagi membantu pengguna membina keyakinan dalam pengurusan kewangan.

💻

AaraBookkeeping

Sistem perakaunan, HR dan Payroll.

Layari Sistem → 

🎬

Aara Business Solutions

Video tutorial dan demonstrasi penggunaan.

Tonton Video → 

📚

AaraStories

Nota, artikel dan panduan pengurusan kewangan.

Baca Artikel → 

Ketiga-tiga platform ini saling melengkapi bagi membantu usahawan dan organisasi dalam perjalanan mereka ke arah pengurusan kewangan yang lebih sistematik.

Penutup: Pengurusan Kewangan yang Baik Bermula Hari Ini

Sebuah perniagaan mungkin bermula dengan modal yang kecil.

Sebuah masjid mungkin menerima sumbangan daripada ratusan orang dengan pelbagai latar belakang.

Sebuah persatuan mungkin hanya menguruskan beberapa program dalam setahun.

Walau apa pun saiz perniagaan atau organisasi, setiap ringgit mempunyai nilai dan setiap transaksi wajar direkodkan dengan baik.

Tidak perlu menunggu sehingga perniagaan berkembang besar, sehingga transaksi menjadi terlalu banyak atau sehingga tiba masanya menyediakan laporan tahunan.

Mulakan dengan langkah yang kecil.

Rekodkan pendapatan. Catatkan perbelanjaan. Fahami laporan kewangan. Bina amalan pengurusan kewangan yang lebih baik.

Setiap ringgit mempunyai nilai.
Setiap transaksi wajar direkodkan.

AaraBookkeeping

Membantu anda mengurus kewangan dengan lebih mudah, teratur dan yakin.


Simplifying Accounting, Empowering Businesses & Communities.

Saufi Sufian

Saufi Sufian

Terima kasih atas lawatan. 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Your experience on this site will be improved by allowing cookies Cookie Policy