
🏡 Arinara Homestays I & II – Near IOI City Mall & Putrajaya
~ Comfortable, Clean & Family-Friendly Units
📍 Available on Booking.com, Airbnb & more
👉 Click to Book Now✈️ UmrahPlus DIY, Dunia Dijelajahi: Panda, Tembok Besar & Trip.com Bajet
Assalamualaikum dan salam kembara!
Kalau anda tengah fikir nak buat Umrah tahun depan tanpa pakej mahal, sambil jalan-jalan cari pengalaman unik di negara lain — anda berada di tempat yang betul.
Saya bukan ejen pelancongan. Tak pandai cakap "fullboard", "5-star ground handling" atau "mutawwif eksklusif". Tapi saya tahu satu perkara:
Kalau kita pandai guna internet, sabar sikit cari tarikh, dan tahu apa kita nak — Umrah DIY boleh jadi murah, fleksibel, dan penuh pengalaman manis.
Tahun 2025, saya rancang Umrah dengan cara yang orang ramai tak biasa dengar:
- ✅ Transit di Chengdu jumpa panda 🐼
- ✅ Lalu Dubai untuk satu malam city tour 🏙️
- ✅ Jimat RM800 berbanding tiket terus ke Jeddah
- ✅ Bagasi & Makanan Termasuk
- ✅ Tarikh Fleksibel = Tambang Lebih Murah
- ✅ Dan paling penting: semua ni guna platform biasa — Trip.com!
Kenapa “UmrahPlus”?
Saya namakan trip ini UmrahPlus sebab:
- ✔️ Kita tunaikan ibadah Umrah, tapi tambah nilai dengan pengalaman dunia
- ✔️ Kita singgah tempat yang tak semua jemaah sempat lawat
- ✔️ Kita kawal bajet, atur masa sendiri, dan buat keputusan ikut kemampuan
Semuanya bermula dengan carian penerbangan pintar, dan keberanian untuk tak ikut arus pakej biasa.
Apa yang Anda Akan Dapat Dalam Perkongsian Ini:
- 🛫 Tip cari flight murah guna Trip.com
- 🐼 Apa nak buat masa transit panjang di Chengdu
- 🕌 Panduan Umrah bajet: hotel, bas, visa, apps berguna
- 🧳 Tip packing, bagasi & bila masa terbaik shopping
- 📊 Anggaran kos penuh bawah RM6,000!
Kalau anda pernah terfikir:
“Boleh ke buat Umrah sendiri dan jalan sekali?”
Jawapannya: boleh sangat. Tapi mesti rancang betul-betul.
Dan saya tulis ni khas untuk anda — bukan sekadar cerita pengalaman, tapi satu rangka yang anda boleh ikut, ubah suai, dan sesuaikan ikut bajet & impian sendiri.
🕌 Bahagian 1: Tentukan Tarikh & Durasi Umrah
Sebelum anda buka Trip.com, perkara paling asas (dan penting!) ialah:
Tentukan dulu tarikh dan tempoh perjalanan.
Kenapa? Supaya carian anda lebih konsisten, dan Trip.com akan mencadangkan :
- Tarikh alternatif yang lebih murah
- Pilihan “Price Alert” kalau anda nak tunggu promosi
Semuanya, jika anda bersetuju untuk menerima ‘Price Alert’ melalui paparan mesej (pop-up) mereka.
🗓 Contoh saya:
- Tarikh pilihan: 1 September 2025 – 16 September 2025
- Jumlah hari: 15 hari
- Status: Musim cuti sekolah & belum musim haji (lebih tenang & murah)
🎯 Tip: Jangan risau kalau belum confirm hotel/visa. Fokus dulu pada tarikh & cari flight murah dahulu — visa & hotel boleh susul kemudian.
🔍 Bahagian 2: Carian Tiket Guna Trip.com (Multi-City = Kunci Jimat!)
Trip.com ni senang pakai. Tapi kita kena tahu guna dengan bijak.
Saya mulakan carian dengan cara luar kotak:
💡 Bukannya terus KUL → JED (Kuala Lumpur ke Jeddah),
tapi saya buat:
- 📍 Kuala Lumpur (KUL) → Dubai (DXB)
- 📍 Dubai (DXB) → Jeddah (JED) (asingkan carian untuk jimat)
- 📍 Kemudian pulang dari Jeddah → KUL ikut laluan yang sama (via Dubai & Chengdu)
Kenapa Dubai?
- ✅ Penerbangan ke Dubai lebih banyak & lebih murah
- ✅ Boleh transit di China (Chengdu) — peluang singgah tengok panda!
- ✅ Boleh jalan-jalan satu malam di Dubai sebelum ke Jeddah
- ✅ Kos tiket jauh lebih rendah dari tiket terus (lebih kurang 40%)
- ✅ Harga termasuk baggasi lebih 20Kg
📈 Perbandingan Kos Tiket:
Laluan | Harga (Anggaran) |
---|---|
Trip DIY (KUL → DXB → JED → DXB → KUL) | RM2,770 |
Direct (KUL → JED → KUL) | RM3,580 (termasuk bagasi) |
➡️ Jimat lebih RM800 — boleh guna untuk hotel, makanan atau lawatan tambahan!
🛫 Contoh Itinerari Carian Sebenar Saya:
🟢 1. KUL → DXB (transit di Chengdu)
- Berlepas: 1 September (jam 00.20)
- Tiba di Dubai : 1 September (jam 20.20)
- Syarikat penerbangan: Sichuan Airlines
- Transit: 12 jam di Chengdu
🟢 Pulang: DXB → KUL (transit di Chengdu)
- Berlepas: 16 September (jam 22.20)
- Tiba di KL: 17 September (jam 23:05)
- Transit: 8 jam di Chengdu
💰 Harga: RM1,779 (termasuk 23kg bagasi)
🟢 2. DXB → JED (selepas 1 malam di Dubai)
- Berlepas: 2 September (jam 20.35)
- Tiba di Jeddah : 2 September (jam 22.40)
- Syarikat penerbangan: Flynas
- Lay-over :Airport Jeddah jika tiada bas/pengangkutan ke Madinah
🟢 Pulang: JED → DXB
- Kembali ke DXB: 16 September (jam 10.15)
- Tiba di Dubai: 16 September jam 14:15
- Lay-over : Airport Dubai 8 jam (flight ke KL jam 22.20)
💰 Harga: RM991 (termasuk 20kg bagasi)
💡 Jumlah Kos Penerbangan: RM2,770 ( RM1,779 + RM991 )
🔁 3. Guna Fungsi “Multi-City” Kalau Nak:
- ✔️ Extend transit jadi stopover (contoh: 3 malam di Chengdu lepas Umrah)
- ✔️ Susun perjalanan ikut bajet & minat — bukan ikut jadual ketat pakej ejen
- ✔️ Cuba kombinasi lain: KUL → Dubai → Jeddah → Istanbul → KUL pun boleh!

📌 Nota penting: Sebelum bayar, pastikan anda semak:
- Polisi pembatalan (banyak flight sekarang percuma tukar tarikh)
- Berat bagasi (pastikan cukup 20kg sekurang-kurangnya)
- Transit visa (Chengdu = 144 jam bebas visa untuk rakyat Malaysia — tapi semak semula polisi semasa)
🕋 Bahagian 3: Rangka Jadual Lengkap Umrah + Transit Panda & Dubai
Bila anda buat Umrah gaya DIY, anda bebas susun jadual ikut keselesaan, bajet dan minat. Berikut ialah rangka perjalanan lengkap yang saya gunakan – ringkas tapi fleksibel:
✈️ 1 September – Bertolak dari Kuala Lumpur (KUL) ke Dubai (DXB) via Chengdu
- Penerbangan: Sichuan Airlines
- Transit: 12 jam di Chengdu
- Rileks: Gunakan pod tidur percuma di lapangan terbang atau lawati Giant Panda Wall Art di terminal TFU.
✨ Boleh naik teksi atau metro ke pusat bandar untuk lawatan ringkas jika berani — atau tunggu dulu dan plan stopover selepas Umrah (lebih ringan tanpa bagasi berat).
🚇 Visa transit 144 jam tanpa visa untuk rakyat Malaysia
(semak semula polisi semasa sebelum pergi)
🏙️ 1–2 September – Singgah Dubai (transit ~24 jam)
- 📍 Transit (pilihan) hampir 24 jam sebelum penerbangan ke Jeddah
- 🧭 Apa yang boleh dibuat dalam sehari?
- 🏙️ Menyaksikan matahari terbit di Burj Khalifa (tempah tiket Sky dalam talian!)
- 🕌 Masjid Jumeirah atau Safari Padang Pasir
- 🏞️ Masjid Sheikh Zayed (Abu Dhabi, 1.5j dengan bas).
- 📍 Bajet: RM150 (metro + bayaran masuk).
- 🧳 Lepak di Lapangan Terbang Dubai: Jimat 1 malam hotel sebelum penerbangan malam (jam 20.35) ke Jeddah.

🛂 Visa Pelancong UAE:
- Bebas visa 30 hari untuk warganegara Malaysia.
- Untuk negara lain, semak syarat visa UAE secara dalam talian atau melalui konsulat rasmi.
🕋 2 September – Tiba di Jeddah
- Penerbangan: Flynas DXB → JED ( 2 Sept, jam 20.35)
- Tiba di Jeddah : 2 September (jam 22.40)
- Lepak di Airport Jeddah jika tiada bas semasa ketibaan untuk perjalanan ke Madinah
🕋 3 - 7 September – Perjalanan Umrah & Ziarah - Madinah
- 3 Sept (10 pagi) : Naik bas dari Jeddah ke Madinah (~6 jam)
- Pengangkutan Bas - NwBus – RM110
- Check-in Hotel di Madinah (3 – 7 Sept)
- Hotel tempahan melalui Halalbooking.com (berkongsi 2 orang sebilik):
- Madinah (4 malam SAR1760 ): RM996 (twin sharing)
- Hotel : Saja Al Madinah
- Haram in walking distance Haram dalam jarak berjalan kaki
- Bahagian lelaki: 10 minit berjalan kaki (650 m)
- Bahagian Wanita: 9 minit berjalan kaki (600 m)

- Check-in : 3 Sept & Check-out:7 Sept
- Semasa di Madinah:
- Ziarah Masjid An-Nabawi
- Kunjungi Makam Rasulullah SAW, Raudhah, Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud

- Bersiap dengan ihram dan menuju ke station bas Madinah untuk ke Makkah.
- Berhenti sebentar di Bir Ali untuk miqat umrah— di sini anda akan niat ihram sebelum menuju ke Makkah.
- 7 Sept (1:30 petang) Bas dari Madinah ke Makkah
- Pengangkutan Bas - NwBus – RM140
🕋 7–15 September – Perjalanan Umrah & Ziarah- Makkah
- Tiba di Makkah dan check-in hotel (Makkah) & laksanakan ibadah Umrah
- Hotel tempahan melalui Halalbooking.com (berkongsi 2 orang sebilik):
- Makkah (8 malam SAR742): RM420 (berkongsi 2 orang sebilik)
- Hotel : ibis Styles Makkah
- Haram tidak dalam jarak berjalan kaki:
• 10 minit pemanduan (5.4 km)
• Pengangkutan ulang-alik percuma (Free shuttle)

- Check-in :7 Sept / Check-out:15 Sept
- Semasa di Makkah:
- Ziarah Masjidil Haram, Jabal Nur, Jabal Rahmah, Mina, Muzdalifah
- Luangkan masa untuk ibadah dan refleksi

- Check-out 15 Sep- Menginap di Lapangan Terbang Jeddah: Jimat 1 malam hotel sebelum penerbangan pagi.
Boleh rancang lawatan ke Taif jika mahu (2 jam dari Makkah)
🕋 15 September – Jeddah
- 15 Sept (3 petang) Bas dari Makkah ke Jeddah
- Pengangkutan Bas - NwBus – RM40
- Menginap di Lapangan Terbang Jeddah: Jimat 1 malam hotel sebelum penerbangan pagi.
✈️ 16–17 September – Pulang ke Malaysia via Dubai & Chengdu
- 16 Sept: Penerbangan JED → DXB → Chengdu
- Transit: 8 jam di Chengdu (atau lanjutkan 3–4 hari guna carian multi-city)
- 17 Sept malam: Sampai semula di Kuala Lumpur
✨ Jika mahu, sambung tinggal 3–4 hari di Chengdu (multi-city ticket), lawat panda & Tembok Besar (dari Beijing naik bullet train atau domestic flight)
🧭 Tempat Menarik di Chengdu:
- 🐼 Pusat Kajian Panda Gergasi Chengdu - jenguk anak panda!.
- 🏛 Jalan Kuno Jinli - membeli cenderahati
- 🌶️ Makanan Pedas Sichuan & Hot Pot di Huangcheng Laoma
✈️ Terbang/tren untuk perjalanan sehari ke Beijing atau Xian – Untuk lawatan pantas ke Tembok Besar (Disyorkan bahagian Mutianyu atau Badaling).
Jarak antara Chengdu dan Tembok Besar China ialah 1687 km.

🚇 Visa transit 144 jam tanpa visa untuk rakyat Malaysia
(semak semula polisi semasa sebelum pergi)
💡 Tips: Gunakan alat "Multi-City" Trip.com untuk jadikan singgahan sebagai percutian budaya 3 hari! (Sangat sesuai selepas Umrah bila bagasi berat.)
💰 Bahagian 4: Kos Sebenar UmrahPlus Bajet & Banding Pakej Umrah
Berikut anggaran kos penuh yang saya catat sepanjang proses perancangan:
Item | Anggaran Kos (RM) |
---|---|
✈️ Penerbangan (semua sektor) | 2,770 |
🛂 Visa Pelancong Arab Saudi | 450 |
![]() | 150 |
🚌 Bas (Jeddah–Madinah–Makkah) | 290 |
🚗 Careem/Uber & pengangkutan lain | 150 |
🏨 Hotel di Madinah (4 malam) | 996 |
🏨 Hotel di Makkah (8 malam) | 420 |
🍛 Makanan (RM50/hari × 16 hari) | 800 |
🧮 Jumlah Anggaran Keseluruhan | RM5,876 |
💬 Pakej Umrah biasa (termasuk 4 hari Madinah, 8 hari Makkah) + direct flight + mutawwif = RM7,000–RM9,000 seorang
🕌 Tip Penjimatan:
- Kongsi pengangkutan dengan jemaah lain
- Guna mata ganjaran hotel atau promosi
- Jimat makanan dengan memasak sendiri atau berkongsi
🧳 Bahagian 5: Tip Tambahan – Visa, Aplikasi & Keperluan Praktikal
🛂 Visa
- Arab Saudi:
- Guna eVisa pelancong (jika dari negara yang layak)
- Harga sekitar SAR395 (~RM450)
- Biasanya siap dalam 1–3 hari bekerja
- UAE:
- Mohon visa transit 48 atau 96 jam melalui airline (seperti Flynas)
- Boleh juga guna visa pelancong jika mahu keluar dari lapangan terbang
- China (Chengdu):
- Visa Transit 144 Jam Tanpa Visa untuk rakyat Malaysia
- Pastikan anda tidak keluar dari zon bandar yang dibenarkan
- Jika ingin tinggal lebih lama, perlu mohon visa pelancong biasa
📱 Aplikasi Berguna
- Trip.com – carian & pemantauan tiket flight
- NwBus – tempahan tiket bas Arab Saudi
- Careem / Uber – pengangkutan bandar di Arab Saudi & UAE
- Nusuk – tempahan slot Raudhah
- Google Maps + Translate – navigasi & komunikasi harian
🧳 Tips Praktikal
- Berat Bagasi: Jangan shopping banyak sebelum Umrah — berat akan berganda selepas ziarah
- Pertimbangkan untuk memendekkan penginapan Madinah/Makkah untuk lawatan ke Taif atau sambung ke Istanbul – boleh guna penerbangan domestik dari Jeddah
- Pertukaran/cancel penerbangan percuma untuk sesetengah syarikat – bagus untuk perubahan saat akhir
- Gunakan carian “multi-city” jika ingin berhenti lama di Chengdu
- Tetapkan Notifikasi Harga ('Price Alert') Trip.com - Pantau laluan KUL↔DXB – harga turun pada hari Selasa!
🎒 Apa yang Perlu Dibawa (Senarai Ringkas)
Jenis Item | Wajib Ada |
---|---|
Ihram | 2 set untuk lelaki, abaya/jubah untuk perempuan |
Travel Gear | Power bank, Simkad, travel adapter, sejadah, kantung peralatan mandian |
Tech | Terjemahan Google, tangkapan skrin eVisa |
Kad Doa | Kad poket bercetak untuk tawaf, sa'i, dan solat kembara |
Pakaian | Baju nipis, kasut selesa, selendang, jaket ringan (Chengdu) |
Dokumen | Print salinan flight, visa, booking hotel, itinerary (jika perlu tunjuk sempadan) |
🕌 Penutup: Umrah Bukan Sekadar Ibadah, Ia Pengembaraan Jiwa & Dunia
Menunaikan Umrah bajet tidak semestinya mengorbankan keselesaan atau pengalaman. Dengan perancangan yang betul dan carian penerbangan yang bijak, anda boleh buat Umrah + lawatan dengan bajet bawah RM6,000 — lebih murah dari banyak pakej kumpulan langsung, dan dapat jelajah dunia dalam masa yang sama.
Kalau anda sedang merancang Umrah DIY sendiri, semoga catatan ini memberi inspirasi & rujukan praktikal.
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Quran 2:286) – Ganjararan menanti di setiap perhentian!
✈️ 🕋 Dari panda ke Kaabah — moga setiap langkah kita diberkati.
Semoga Allah menerima ibadah Umrah anda dan selamat dalam perjalanan!
Leave a comment
Your email address will not be published. Required fields are marked *