Language:

Search

Cadangan Carta Akaun (COA) Untuk Masjid: Dari Rekod Harian Hingga General Ledger & Bank Reconciliation

Cadangan Carta Akaun (COA) Untuk Masjid: Dari Rekod Harian Hingga General Ledger & Bank Reconciliation

 

Cadangan Carta Akaun (COA) Untuk Masjid: Dari Rekod Harian Hingga General Ledger & Bank Reconciliation

Mengurus kewangan masjid bukan sekadar merekod wang masuk dan wang keluar.

Apabila transaksi semakin banyak — kutipan Jumaat, sumbangan, bil utiliti, elaun Imam dan Bilal, penyelenggaraan, program masjid serta dana khas — AJK memerlukan satu struktur akaun yang konsisten supaya setiap transaksi boleh dikenal pasti dan dilaporkan dengan mudah.

Di sinilah pentingnya Chart of Accounts (COA) atau Carta Akaun.

Carta Akaun ialah senarai kod dan nama akaun yang menjadi asas kepada sistem perakaunan. Setiap transaksi yang direkodkan akan diklasifikasikan kepada akaun tertentu.

Jika Carta Akaun dibina dengan baik sejak awal, AJK bukan sahaja dapat menyediakan laporan kewangan dengan lebih teratur, malah boleh mendapatkan General Ledger (GL) bagi setiap akaun untuk tujuan semakan dan reconciliation.


Kenapa Kod Akaun Penting?

Bayangkan masjid mempunyai akaun bank operasi:

1101 – Bank – Akaun Operasi

Semua transaksi yang melibatkan akaun bank tersebut akan direkodkan kepada kod yang sama.

Apabila Bendahari mahu menyemak akaun bank, beliau boleh menjana General Ledger bagi akaun 1101 untuk sesuatu tempoh.

Contohnya:

1101 – Bank – Akaun Operasi
1–31 Julai 2026

GL tersebut akan menunjukkan transaksi debit dan kredit yang direkodkan dalam sistem serta baki akaun berdasarkan rekod perakaunan.

Bendahari kemudian boleh membandingkannya dengan Bank Statement bagi tempoh yang sama.

Inilah antara asas kepada proses bank reconciliation.

Bank GL dalam AaraBookkeeping = rekod menurut buku masjid.
Bank Statement = rekod menurut bank.

Jika terdapat perbezaan, Bendahari boleh menyiasat transaksi yang belum direkod, kesilapan jumlah, transaksi belum dikenal pasti atau perbezaan masa pengiktirafan.


Cadangan Struktur Carta Akaun Masjid

Tidak semua masjid memerlukan Carta Akaun yang sama. Saiz masjid, jenis aktiviti dan keperluan pelaporan mungkin berbeza.

Namun struktur berikut boleh digunakan sebagai starting point.

1. Aset — 1000 hingga 1999

Aset ialah wang atau sumber ekonomi yang dimiliki atau dikawal oleh masjid.

Aset Semasa

KodNama Akaun
1001Tunai di Tangan
1002Tunai Belum Dibankkan
1101Bank – Akaun Operasi
1102Bank – Akaun Projek Khas
1103Bank – Akaun Wakaf

Memisahkan setiap akaun bank dengan kod tersendiri sangat penting.

Jika masjid mempunyai tiga akaun bank, sebaiknya wujudkan tiga GL Bank yang berasingan. Ini membolehkan setiap akaun direconcile secara individu dengan bank statement masing-masing.

Aset Bukan Semasa

KodNama Akaun
1501Tanah
1502Bangunan
1503Kenderaan
1504Peralatan & Kelengkapan
1505Sistem PA / Audio
1506Peralatan Pejabat

Bagi aset wakaf atau aset yang mempunyai sekatan tertentu, klasifikasi dan treatment accounting perlu ditentukan mengikut keadaan serta dasar organisasi.

2. Liabiliti — 2000 hingga 2999

Liabiliti ialah tanggungan yang perlu dibayar oleh masjid.

KodNama Akaun
2001Hutang Pembekal
2011Bil Elektrik Belum Bayar
2012Bil Air Belum Bayar
2021Elaun/Gaji Belum Bayar
2031Deposit Diterima

Tidak semua masjid memerlukan semua akaun ini. Gunakan hanya akaun yang berkaitan.

3. Dana / Ekuiti — 3000 hingga 3999

Bagi masjid dan NGO, istilah Dana atau Accumulated Fund mungkin lebih mudah difahami berbanding istilah ekuiti perniagaan.

Contohnya:

KodNama Akaun
3001Dana Am Masjid
3002Dana Projek Khas
3003Dana Bantuan / Kebajikan
3004Dana Pendidikan
3011Dana Wakaf Umum
3012Dana Wakaf Khas
3013Dana Wakaf Tunai
3101Lebihan / (Kurangan) Terkumpul

Dana khas tidak sepatutnya bercampur begitu sahaja dengan dana operasi.

Jika sumbangan diberikan untuk tujuan tertentu, rekod perlu membolehkan AJK mengetahui baki dan penggunaannya.

4. Pendapatan / Penerimaan — 4000 hingga 4999

Struktur yang lebih terperinci membolehkan AJK mengetahui dari mana sumber kewangan masjid datang.

KodNama Akaun
4001Kutipan Jumaat
4002Sumbangan Umum
4003Sumbangan Tabung Masjid
4011Sumbangan Projek Khas
4021Sewa Dewan
4022Sewa Gerai / Ruang
4031Pendapatan Program
4099Pendapatan Lain-lain

Untuk transaksi wakaf atau dana yang mempunyai sekatan khusus, kaedah pengiktirafan hendaklah disesuaikan dengan sifat dana dan keperluan pelaporan masjid; jangan semata-mata menganggap semua penerimaan sebagai pendapatan operasi biasa.

5. Perbelanjaan — 5000 hingga 5999

Perbelanjaan pula sebaiknya disusun supaya AJK dapat melihat ke mana wang masjid dibelanjakan.

Utiliti

KodNama Akaun
5001Elektrik
5002Air
5003Telefon & Internet

Pentadbiran

KodNama Akaun
5101Alat Tulis & Percetakan
5102Perbelanjaan Pejabat
5103Bank Charges

Petugas & Sumber Manusia

KodNama Akaun
5201Gaji / Elaun Imam
5202Gaji / Elaun Bilal
5203Gaji / Elaun Siak
5204Elaun Guru Mengaji
5205Honorarium Penceramah

Operasi & Penyelenggaraan

KodNama Akaun
5301Pembersihan
5302Penyelenggaraan & Baik Pulih
5303Penyelenggaraan Air-Cond
5304Penyelenggaraan Sistem PA
5305Keselamatan

Program & Kebajikan

KodNama Akaun
5401Program Keagamaan
5402Kelas / Pendidikan
5403Program Ramadan
5404Bantuan Kebajikan
5405Jamuan / Program Komuniti

Tidak perlu mencipta terlalu banyak akaun pada hari pertama. Mulakan dengan akaun yang benar-benar digunakan dan tambah apabila diperlukan.


Kelebihan Sebenar COA: Setiap Kod Mempunyai General Ledger

Inilah bahagian yang saya rasa penting untuk AJK fahami.

Carta Akaun bukan sekadar senarai untuk menghasilkan Balance Sheet atau Surplus/(Deficit).

Setiap akaun juga menjadi tempat kita mengumpulkan transaksi berkaitan.

Contohnya:

1101 Bank – Akaun Operasi
→ Generate GL → digunakan untuk semakan dan bank reconciliation.

5001 Elektrik
→ Generate GL → lihat semua bil elektrik yang direkod sepanjang tahun.

5201 Gaji / Elaun Imam
→ Generate GL → semak keseluruhan bayaran berkaitan Imam.

5302 Penyelenggaraan & Baik Pulih
→ Generate GL → lihat jumlah dan transaksi penyelenggaraan masjid.

4001 Kutipan Jumaat
→ Generate GL → analisis kutipan Jumaat mengikut tempoh.

Jadi apabila seorang AJK bertanya:

“Berapa jumlah yang kita belanjakan untuk penyelenggaraan tahun ini?”

Bendahari tidak perlu mencari satu demi satu voucher atau transaksi.

Buka General Ledger → pilih akaun 5302 → pilih tempoh → generate report.


Contoh: Bank Reconciliation Menggunakan Bank GL

Katakan pada 31 Julai:

Baki Bank GL AaraBookkeeping: RM25,350
Baki Bank Statement: RM24,850

Ada perbezaan RM500.

Jangan terus ubah baki GL supaya sama dengan bank.

Sebaliknya, Bendahari perlu mencari punca perbezaan tersebut.

Contohnya mungkin terdapat transaksi RM500 yang sudah direkodkan dalam buku tetapi belum muncul dalam bank statement, atau transaksi bank yang belum direkodkan dalam AaraBookkeeping.

Selepas item perbezaan dikenal pasti, barulah reconciliation dapat disediakan dengan betul.

Tujuan bank reconciliation bukan untuk “memaksa” dua baki menjadi sama — tetapi menerangkan mengapa terdapat perbezaan dan memastikan rekod akhirnya lengkap dan tepat.


Dari Transaksi Hingga Laporan Kewangan

Apabila COA dibina dengan baik, keseluruhan accounting flow menjadi lebih teratur:

Chart of Accounts

Transactions / Journal Entries

General Ledger

Trial Balance

Surplus / (Deficit)

Balance Sheet

Satu transaksi yang direkod dengan betul bukan sahaja masuk ke GL.

Ia akhirnya turut mempengaruhi laporan kewangan masjid.

Sebab itu pemilihan akaun yang betul ketika merekod transaksi sangat penting.


Jangan Jadikan Carta Akaun Terlalu Rumit

Kesilapan yang juga boleh berlaku ialah menyediakan terlalu banyak kod.

Contohnya tidak semestinya perlu:

5001 Elektrik Januari
5002 Elektrik Februari
5003 Elektrik Mac

Lebih baik gunakan satu akaun:

5001 – Elektrik

dan gunakan tarikh transaksi untuk menentukan bulan.

General Ledger kemudian boleh dijana mengikut tempoh yang diperlukan.

Ini menjadikan COA lebih ringkas dan mudah diwarisi apabila berlaku pertukaran Bendahari atau AJK.


Cadangan Untuk Masjid Yang Baru Bermula

Mulakan dengan tiga prinsip:

1. Setiap akaun mempunyai kod unik.
Jangan gunakan kod yang sama untuk dua akaun berbeza.

2. Setiap akaun bank mempunyai GL sendiri.
Ini sangat membantu bank reconciliation.

3. Jangan terlalu terperinci pada peringkat awal.
COA boleh dikembangkan kemudian apabila operasi memerlukannya.

Yang paling penting ialah konsistensi.


AaraBookkeeping dan Pengurusan Akaun Masjid

Dalam AaraBookkeeping, Chart of Accounts menjadi asas kepada rekod accounting.

Apabila transaksi direkodkan kepada akaun yang betul, AJK boleh menggunakan laporan seperti General Ledger, Trial Balance, Surplus/(Deficit) dan Balance Sheet untuk memahami kedudukan kewangan masjid dengan lebih sistematik.

COA yang baik akhirnya menjawab tiga soalan mudah:

Berapa yang kita ada?
Dari mana wang datang?
Ke mana wang dibelanjakan?

Dan apabila diperlukan, AJK boleh drill down melalui General Ledger untuk melihat transaksi yang membentuk angka tersebut.


Nota Penting

Cadangan kod dalam artikel ini ialah contoh struktur permulaan, bukannya satu standard wajib untuk semua masjid. Carta Akaun perlu disesuaikan mengikut aktiviti, struktur dana, polisi organisasi serta keperluan pelaporan dan pihak berkuasa berkaitan.

Cuba AaraBookkeeping Untuk Masjid & NGO

Lihat bagaimana Chart of Accounts, General Ledger dan laporan kewangan boleh diuruskan dalam satu sistem.

Explore Masjid & NGO Demo ( https://demo1.aara.cloud/login ) 

Learn More About AaraBookkeeping  ( https://aarabookkeeping.com/ )

AaraBookkeeping — Simple Bookkeeping. Better Business Decisions.

Tentang Aara Business Solutions

Aara Business Solutions menyediakan penyelesaian digital yang praktikal dan mampu milik untuk perniagaan, masjid, NGO dan organisasi — merangkumi AaraBookkeeping, AaraPOS, pembangunan website dan perkongsian ilmu melalui AaraStories.

Better tools. Simpler business.


 

 

Saufi Sufian

Saufi Sufian

Terima kasih atas lawatan. 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Your experience on this site will be improved by allowing cookies Cookie Policy