DIY Umrah Hack: Jimat RM500+ Dengan Transit Melalui Singapura
Ramai jemaah DIY Umrah dari Sabah, Sarawak malah Brunei biasanya akan mencari penerbangan melalui Kuala Lumpur apabila merancang perjalanan ke Jeddah atau Madinah.
Namun selepas membuat semakan beberapa trend harga tiket di Trip.com, saya perasan sesuatu yang menarik — perjalanan melalui Singapura sebenarnya boleh menjadi lebih murah untuk jemaah dari Malaysia Timur.
Bagi sesetengah tarikh perjalanan, penjimatan boleh mencecah RM500 hingga RM700 seorang.
Ini sangat menarik terutama bagi keluarga atau kumpulan kecil kerana jumlah penjimatan keseluruhan boleh menjadi agak besar.
Kenapa Singapura?
Singapura mempunyai lebih banyak pilihan penerbangan antarabangsa ke Jeddah melalui syarikat penerbangan seperti:
- Gulf Air
- Air India
- Qatar Airways
- Royal Brunei Airlines
Persaingan antara syarikat penerbangan ini kadangkala menyebabkan harga tiket dari Singapura lebih murah berbanding berlepas dari Kuala Lumpur.
Pada masa yang sama, penerbangan dari Kota Kinabalu atau Kuching ke Singapura juga kadangkala sangat berpatutan.
1. Jemaah Dari Kota Kinabalu (BKI)
Pilihan 1 — Transit Melalui Singapura
BKI – SIN – BKI
Berdasarkan paparan trend harga daripada Trip.com, tiket pergi balik antara Kota Kinabalu dan Singapura bagi tempoh 20 Julai hingga 31 Julai (11 hari) adalah sekitar:
- RM497 pergi balik
Ini jauh lebih rendah berbanding purata biasa yang melebihi RM800.
Screenshot Singapore ke Kota Kinabalu Price Trend by Trip.com
SIN – JED – SIN
Bagi tempoh perjalanan yang sama, penerbangan dari Singapura ke Jeddah bermula sekitar:
- RM2,189 pergi balik
Tambang ini ditawarkan oleh Gulf Air dengan penerbangan pulang oleh Air India dan termasuk:
- Bagasi kabin
- Bagasi daftar masuk
- Makanan dalam penerbangan
Screenshot Singapore to Jeddah Price Trend by Trip.com
Jumlah Kos Melalui Singapura
| Laluan | Tambang |
|---|---|
| BKI – SIN – BKI | RM497 |
| SIN – JED – SIN | RM2,189 |
| Jumlah | RM2,686 |
Pilihan 2 — Transit Melalui Kuala Lumpur
BKI – KUL – BKI
Untuk tarikh yang sama, tiket pergi balik antara Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur adalah sekitar:
- RM532 pergi balik
Perbezaan dengan tambang ke Singapura hanyalah sekitar RM32.
Namun begitu, sesetengah tambang mungkin tidak termasuk bagasi daftar masuk, manakala syarikat seperti Royal Brunei Airlines kadangkala menawarkan bagasi percuma.
Screenshot Kuala Lumpur to Kota Kinabalu Price Trend by Trip.com
KUL – JED – KUL
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeddah untuk tempoh yang sama bermula sekitar:
- RM2,790 pergi balik
Tambang ini ditawarkan oleh Qatar Airways dan termasuk:
- Bagasi kabin
- Bagasi daftar masuk
- Makanan dalam penerbangan
Screenshot Kuala Lumpur to Jeddah Price Trend dari Trip.com
Jumlah Kos Melalui Kuala Lumpur
| Laluan | Tambang |
|---|---|
| BKI – KUL – BKI | RM532 |
| KUL – JED – KUL | RM2,790 |
| Jumlah | RM3,322 |
Penjimatan
- RM686 lebih murah melalui Singapura
2. Jemaah Dari Kuching (KCH)
Pilihan 1 — Transit Melalui Singapura
KCH – SIN – KCH
Berdasarkan trend harga daripada Trip.com, tiket pergi balik antara Kuching dan Singapura bagi tempoh yang sama adalah:
- RM468 pergi balik
Tambang ini tidak termasuk bagasi daftar masuk dan dikendalikan oleh Scoot.
Screenshot Kuching to Singapore Price Trend dari Trip.com
SIN – JED – SIN
- RM2,189 pergi balik
Jumlah Kos Melalui Singapura
| Laluan | Tambang |
|---|---|
| KCH – SIN – KCH | RM468 |
| SIN – JED – SIN | RM2,189 |
| Jumlah | RM2,657 |
Pilihan 2 — Transit Melalui Kuala Lumpur
KCH – KUL – KCH
Tambang pergi balik antara Kuching dan Kuala Lumpur adalah sekitar:
- RM381 pergi balik
Tambang ini ditawarkan oleh AirAsia.
Namun jumlah sebenar mungkin lebih tinggi selepas ditambah bagasi daftar masuk.
Screenshot Kuching to Kuala Lumpur Price Trend dari Trip.com
KUL – JED – KUL
- RM2,790 pergi balik
Jumlah Kos Melalui Kuala Lumpur
| Laluan | Tambang |
|---|---|
| KCH – KUL – KCH | RM381 |
| KUL – JED – KUL | RM2,790 |
| Jumlah | RM3,171 |
Penjimatan
- RM514 lebih murah melalui Singapura
Perkara Yang DIY Jemaah Perlu Pertimbangkan
Sebelum membeli tiket secara berasingan, jemaah DIY juga perlu mempertimbangkan beberapa perkara seperti:
- Tempoh transit
- Jumlah bagasi
- Kebolehpercayaan syarikat penerbangan
- Risiko tertinggal penerbangan sambungan
- Kos hotel sekiranya transit terlalu lama
Bagi jemaah dari Kuching, Scoot mempunyai penerbangan ke Singapura sehingga dua kali sehari pada hari tertentu, yang mungkin membantu mengurangkan tempoh transit.
Bagi jemaah dari Sabah pula, Royal Brunei Airlines kadangkala menawarkan tambang menarik ke/dari Singapura yang sudah termasuk bagasi daftar masuk.
Penutup
Bagi jemaah DIY Umrah dari Sabah, Sarawak atau Brunei, Singapura mungkin boleh menjadi alternatif yang sangat menarik berbanding Kuala Lumpur.
Penjimatan mungkin kelihatan kecil bagi individu, tetapi untuk pasangan atau keluarga, jumlah keseluruhan boleh menjadi sangat besar.
Seperti biasa, harga tiket penerbangan sentiasa berubah-ubah. Jadi sebaiknya pantau trend harga secara berkala menggunakan Trip.com dan bandingkan jumlah kos keseluruhan sebelum membuat tempahan.
Kadangkala, perjalanan Umrah paling murah bukan semestinya melalui KLIA.
Leave a comment
Your email address will not be published. Required fields are marked *





