📒 Carta Akaun Mesra AJK Masjid
— Panduan & Contoh Lengkap
Kenapa Masjid / Surau Perlu Carta Akaun Yang Jelas?
Ramai AJK masjid urus akaun secara manual dengan buku tiga kolum atau Excel asas. Walaupun nampak mudah, tanpa carta akaun yang jelas, laporan kewangan akan bercampur-campur, susah untuk semak, dan lebih sukar untuk diaudit.
Carta Akaun adalah senarai kod dan nama akaun yang tersusun mengikut kategori. Ia menjadi panduan supaya:
- Semua transaksi direkod pada tempat yang betul.
- Dana khas seperti wakaf atau projek tidak bercampur dengan dana operasi harian.
- Laporan kewangan mudah difahami oleh AJK baru, auditor, dan pihak berkuasa seperti Majlis Agama Negeri, LHDN atau Jabatan Agama Islam.
- Mematuhi prinsip akauntabiliti & ketelusan — keperluan penting dalam era sekarang.
Kategori Utama Dalam Carta Akaun Masjid
Berikut adalah kategori yang disusun mengikut amalan perakaunan masjid di Malaysia, diadaptasi untuk sistem seperti AaraBookkeeping supaya mesra AJK.
1. Aset
Harta atau wang tunai yang dimiliki atau dipegang masjid.
Aset Semasa (boleh digunakan dalam masa kurang 12 bulan)
- 1001 Tunai di Tangan
- 1002 Tunai Tabung Jumaat
- 1003 Tunai Wakaf
- 1001 Bank – Akaun Operasi
- 1002 Bank – Akaun Projek Khas
- 1003 Bank – Akaun Wakaf
Aset Tetap (manfaat jangka panjang)
- 1501 Tanah Wakaf
- 1502 Bangunan Wakaf
- 1503 Kenderaan Wakaf (contoh: van jenazah)
- 1504 Peralatan Wakaf (contoh: PA system, kipas)
2. Liabiliti
Tanggungan atau hutang yang perlu dibayar.
- 2001 Hutang Pembekal
- 2011 Bil Belum Bayar – Elektrik
- 2012 Bil Belum Bayar – Air
3. Ekuiti / Dana / Reserve
Dana amanah atau lebihan terkumpul yang dipegang masjid. Tidak boleh dibelanjakan sesuka hati, hanya ikut tujuan asal dana itu.
- 3001 Ekuiti – Dana Am Masjid
- 3002 Ekuiti – Dana Projek Khas (contoh: renovasi surau)
- 3003 Ekuiti – Dana Bantuan Asnaf
- 3004 Ekuiti – Dana Pendidikan / Kelas Mengaji
- 3005 Ekuiti – Dana Wakaf Umum
- 3006 Ekuiti – Dana Wakaf Khas (contoh: gaji guru mengaji)
- 3007 Ekuiti – Dana Wakaf Tunai
4. Pendapatan (Revenue)
Kutipan atau hasil yang boleh digunakan untuk operasi harian masjid.
- 4001 Kutipan Jumaat
- 4002 Sumbangan Umum
- 4003 Sumbangan Projek Khas (untuk projek, bukan wakaf)
- 4005 Sumbangan Wakaf Tunai (sementara sebelum pindah ke Dana Wakaf)
- 4011 Sewa Dewan
- 4012 Sewa Gerai / Tanah
💡 Nota Penting: Kutipan wakaf tidak terus direkod sebagai pendapatan guna habis. Ia masuk ke pendapatan sementara, kemudian dipindah ke ekuiti/dana wakaf.
5. Perbelanjaan
Kos yang dikeluarkan untuk operasi masjid.
- 5001 Bil Elektrik
- 5002 Bil Air
- 5003 Penyelenggaraan & Baik Pulih
- 5101 Elaun / Gaji Imam & Bilal
- 5102 Elaun Guru Mengaji
- 5201 Aktiviti / Program Masjid
Tips Menggunakan Carta Akaun Masjid
- Kekalkan kod & nama yang konsisten – supaya mudah jejak rekod lama.
- Asingkan dana khas – wakaf, projek, bantuan asnaf jangan campur dengan dana operasi.
- Gunakan laporan berkala – bulanan atau suku tahun, supaya AJK dan ahli kariah dapat lihat perkembangan kewangan.
- Sedia untuk audit – carta akaun yang kemas memudahkan semakan pihak berwajib.