Language:

Search

Travel Insurance Umrah — Perlu Atau Sekadar “Ada Pun Tak Apa”?

Travel Insurance Umrah — Perlu Atau Sekadar “Ada Pun Tak Apa”?

Travel Insurance Umrah — Perlu Atau Sekadar “Ada Pun Tak Apa”?

Ramai jemaah DIY Umrah fokus kepada tiket murah, hotel dekat masjid, dan jadual perjalanan. Tetapi satu perkara yang sering dipandang ringan ialah travel insurance atau perlindungan perjalanan.

Hakikatnya, kita tidak pernah berharap ditimpa musibah ketika menjadi tetamu Allah. Namun kadang-kadang perkara kecil seperti demam, kehilangan bagasi, flight delay atau kecemasan kesihatan boleh berlaku tanpa diduga.

Sebab itu semakin ramai jemaah mula melihat travel insurance bukan sekadar “tambahan”, tetapi sebahagian daripada persediaan bijak sebelum berangkat.

Insurans Visa Saudi Arabia Sudah Ada — Tetapi…

Bagi pemegang visa Umrah atau tourist visa Saudi Arabia, biasanya sudah tersedia insurans asas daripada pihak Saudi.

Sebagai contoh, dalam sijil insurans visa Saudi yang saya semak, perlindungan tersebut merangkumi:

  • rawatan kecemasan hospital
  • emergency medical evacuation
  • rawatan kemalangan
  • emergency dialysis
  • rawatan kecemasan kehamilan tertentu
  • penghantaran pulang jenazah

Malah terdapat had perlindungan sehingga SR100,000 untuk kes kecemasan tertentu.

Namun terdapat satu perkara penting yang ramai terlepas pandang:

“All benefits are applicable on emergency basis only.”

Maksudnya, perlindungan lebih tertumpu kepada situasi kecemasan dan bukan semua rawatan biasa akan ditanggung sepenuhnya.

Kenapa Ada Jemaah Masih Perlu Bayar Bil Hospital?

Antara situasi yang biasa berlaku:

  • rawatan dianggap bukan kecemasan
  • pergi ke klinik atau hospital tertentu yang tidak termasuk dalam panel
  • penyakit sedia ada seperti diabetes, jantung atau buah pinggang
  • had perlindungan tidak mencukupi
  • jemaah sendiri tidak memahami syarat polisi

Kadang-kadang masalah bukan kerana “tak ada insurance”.

Tetapi kerana:

👉 apa yang difahami tidak sama dengan apa yang benar-benar dilindungi dalam polisi.

Travel Insurance Tambahan Dari Malaysia

Sebab itu ada jemaah memilih untuk mengambil travel insurance tambahan sebelum berangkat.

Antara perlindungan yang biasanya ditawarkan:

✔ medical expenses
✔ baggage loss
✔ baggage delay
✔ flight delay
✔ cancellation atau postponement tertentu
✔ emergency assistance

Sebagai contoh, melalui affiliate Trip.com, terdapat pilihan perlindungan seperti:

Trip.com Travel PA — Overseas

  • Overseas medical expenses: RM50,000
  • Cancellation / postponement: RM2,000
  • Baggage & personal effects: RM1,500
  • Bermula sekitar RM22

Trip.com Travel PA — Domestic

  • Medical expenses: RM50,000
  • Travel delay: RM1,500
  • Baggage & personal effects: RM1,500
  • Baggage delay: RM400

Ada juga pelan asas bermula sekitar RM11.88 bergantung kepada perjalanan dan perlindungan dipilih.

Tetapi Travel Insurance Pun Ada Syarat

Ini bahagian yang paling penting.

Ramai orang nampak perkataan:

“insured”

tetapi tidak membaca:

“terms & exclusions”.

Sesetengah polisi mungkin tidak melindungi sepenuhnya:

  • penyakit sedia ada
  • komplikasi penyakit kronik
  • warga emas melebihi had tertentu
  • rawatan tertentu
  • aktiviti tertentu

Sebab itu:

👉 membaca ringkasan polisi lebih penting daripada sekadar melihat harga murah.

Pendekatan Yang Lebih Selamat Untuk DIY Umrah

Sebelum berangkat:

✔ simpan screenshot polisi insurance
✔ tahu nombor hotline kecemasan
✔ bawa ubat sendiri secukupnya
✔ semak perlindungan jika ada penyakit sedia ada
✔ maklumkan ahli keluarga tentang polisi yang digunakan

Dalam DIY Umrah, sedikit persediaan kadang-kadang boleh mengelakkan masalah besar di kemudian hari.

Kesimpulan

Insurans visa Saudi memang sangat membantu — tetapi ia bukan bermaksud semua kos rawatan akan ditanggung sepenuhnya.

Travel insurance tambahan pula boleh memberi perlindungan tambahan, tetapi masih tertakluk kepada syarat polisi masing-masing.

Akhirnya, perkara paling penting bukan sekadar:

“Ada insurance.”

Tetapi:

“Faham apa yang insurance itu benar-benar lindungi.”

Semoga perjalanan Umrah kita dipermudahkan, dilindungi dan diterima Allah SWT. Aamiin.

Tags:
AaraStories TravelBlog

AaraStories TravelBlog

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan yang diperlukan ditandai dengan *

Your experience on this site will be improved by allowing cookies Cookie Policy