Kisah Talipinggang Ihram Yang Terlucut di Bir Ali
Ketika rombongan kami berhenti di Bir Ali untuk berniat ihram, suasana ketika itu cukup tenang. Selepas mandi sunat, memakai ihram, dan menunaikan solat sunat ihram, masing-masing mula bersiap sedia untuk berniat sebelum meneruskan perjalanan ke Makkah.
Tiba-tiba seorang sahabat datang kepada saya dengan wajah sedikit cemas.
"Talipinggang ihram saya terlepas tadi."
Saya agak terkejut.
"Mana mungkin? Bukankah klip itu sudah dikunci dengan baik?" balas saya.
Beliau kemudian menunjukkan bagaimana perkara itu boleh berlaku.
Rupa-rupanya ketika beliau cuba mengangkat kain ihram ke atas sedikit bagi memastikan hujung kain berada di atas paras buku lali, tangannya secara tidak sengaja telah menekan mekanisme klip pada talipinggang tersebut. Klip terbuka dan kain ihram yang dipegang oleh talipinggang itu terus longgar.
![]() |
Nasib baik perkara itu berlaku di Bir Ali dan bukannya ketika sedang tawaf atau berada di kawasan yang sesak.
Sejak hari itu saya mula memahami bahawa tidak semua talipinggang ihram sesuai untuk semua orang. Ada jemaah yang lebih selesa menggunakan model klip moden, manakala ada juga yang lebih yakin dengan reka bentuk klasik menggunakan sistem buckle, pin dan lubang seperti tali pinggang tradisional kerana ia lebih sukar terbuka secara tidak sengaja.
![]() |
Mungkin perkara ini nampak kecil sebelum berangkat. Namun apabila kita berada dalam keadaan ihram dan dikelilingi ribuan manusia, ketenangan fikiran juga merupakan satu nikmat yang besar.
📌 Jika anda sedang mencari talipinggang ihram yang praktikal untuk perjalanan Umrah atau Haji, anda boleh melihat pilihan yang kami gunakan sendiri di TikTok Shop AaraStories.
Tinggalkan komen
Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan yang diperlukan ditandai dengan *


