Panduan Ringkas Mengikut Ketetapan LHDN Malaysia
Mulai 1 Julai 2025, semua perniagaan dengan pendapatan RM500,000 hingga RM25 juta wajib patuh kepada sistem e-Invois. Manakala perniagaan dengan pendapatan di bawah RM500,000 akan mula wajib pada 1 Januari 2026.
Ini termasuk masjid, syarikat kecil, peniaga online dan NGO β semuanya perlu bersedia mengikut garis masa yang telah ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Ia bukan sekadar PDF biasa β setiap invois akan:Β
π
Dihantar kepada LHDN secara waktu sebenar (real-time) Β
π Disemak oleh sistem LHDN Β
π Diberi nombor pengesahan & QR code Β
π Disimpan untuk semakan audit & cukai
Arinara Homestay
Your Gateway to IOI City Mall and Putrajaya
π Tarikh Wajib Bermula
Pendapatan Tahunan | Tarikh Wajib E-Invois |
---|---|
Melebihi RM100 juta | 1 Ogos 2024 |
Lebih RM25 juta hingga RM100 juta | 1 Januari 2025 |
Lebih RM500,000 hingga RM25 juta | 1 Julai 2025 |
RM500,000 ke bawah | 1 Januari 2026 |
π Wajib bermula 1 Julai 2025 bagi semua perniagaan dengan pendapatan tahunan melebihi RM500,000. | | 1 Julai 2025 (Wajib) |
π Ya! Semua organisasi & perniagaan akan terlibat.
π Apa Yang Anda Perlu Sediakan?
- Nombor Pengenalan Cukai (TIN)
- Jika belum ada, LHDN akan berikan
- Akses ke Portal MyInvois
- Login melalui mytax.hasil.gov.my
- Maklumat Asas Perniagaan
- Nama perniagaan, nombor daftar SSM, info pelanggan
- Perisian atau cara buat invois digital
- Boleh guna portal manual (MyInvois)
- Atau sistem automatik (seperti AaraBookkeeping integrasi API)
π§ Cara Buat E-Invois (Guna Portal LHDN)
- Masuk ke MyTax LHDN
- Pilih MyInvois β "Dokumen Baharu"
- Pilih jenis dokumen: Invois, Nota Kredit, dll
- Isi maklumat:
- Nama penjual & pembeli
- Item, harga, cukai, amaun
- Klik Hantar
- Sistem akan sahkan dan keluarkan nombor pengesahan + QR code
- Anda boleh cetak atau hantar kepada pelanggan
π Mahu Lebih Mudah?
π Nota Penting: Buat masa ini, AaraBookkeeping masih dalam pembangunan modul e-Invois penuh.
Namun, jika anda langgan AaraBookkeeping, anda akan:Β
βοΈ Bersedia dari segi pengurusan staf, akaun & laporan kewanganΒ
βοΈ Terima coaching percuma berkaitan e-Invois & pendaftaran TINΒ
βοΈ Disokong pasukan yang bersedia bantu anda bila integrasi tersedia
π Bila modul e-Invois sedia, kami akan bantu uruskan integrasi API dengan LHDN secara automatik, anda boleh: Β
βοΈ Buat invois seperti biasa Β
βοΈ Sistem akan terus hantar ke LHDN melalui API Β
βοΈ Tiada data hilang, tiada kerja dua kali
β Siapa Patut Belajar?
- Imam, Bendahari & AJK Masjid
- Usahawan online / offline
- Syarikat kecil & sederhana (SME)
- Konsultan / Akauntan bebas
π Definisi Pendapatan Menurut LHDN
Pendapatan ialah apa-apa hasil atau imbuhan yang diterima secara tunai atau bukan tunai, hasil daripada aktiviti perniagaan, pekerjaan, sewaan, dividen, faedah atau perkhidmatan yang diberikan.
"Jika sesuatu bayaran diterima sebagai tukaran perkhidmatan atau jualan, maka ia dianggap pendapatan dan tertakluk kepada cukai."
π Senario Kedai Makan: Ali Makan Nasi Lemak β Kena E-Invois Ke?
Ya! Jika anda menjalankan kedai makan atau gerai, anda wajib mengeluarkan e-Invois untuk setiap transaksi, walaupun pelanggan hanya bayar RM5.
Contoh:
- Ali datang ke gerai, makan nasi lemak RM6 + teh RM2 = RM8
- Sebelum dia bayar, anda perlu keluarkan e-Invois melalui:
- Sistem POS berintegrasi (jika ada), atau
- Portal MyInvois secara manual (pilih "individu")
- Setelah disahkan, sistem akan keluarkan QR code + nombor invois unik
- Anda beri kepada Ali (print / WhatsApp / email / tunjukkan)
π Jika pelanggan ramai:
- Gunakan POS system yang akan automatik submit ke LHDN
- Boleh guna invois ringkas (B2C) tanpa info pembeli
Penting: Semua transaksi perniagaan, termasuk tunai & eWallet, tetap wajib e-Invois.
π‘ Senario Homestay: Menyewa Rumah β Wajib E-Invois?
β Jika anda menjalankan homestay, sewa rumah harian, atau Airbnb, ia dikira sebagai aktiviti perniagaan (bukan santai-santai untuk kawan). Maka, anda wajib mengeluarkan e-Invois sebelum menerima bayaran daripada tetamu.
Contoh:
- Siti menguruskan 2 unit rumah untuk disewa di apps booking
- Tetamu bayar RM150 untuk satu malam melalui bank transfer
- Siti perlu hasilkan e-Invois sebelum tetamu bayar
π Tapi kalau pelanggan batalkan dan tidak bayar?
Anda boleh keluarkan Nota Kredit (Credit Note) dalam sistem MyInvois untuk batalkan invois asal tersebut.
Ini penting untuk pastikan rekod cukai anda sentiasa kemas dan terkini. Nota Kredit akan menjelaskan bahawa transaksi tidak diteruskan dan bayaran tidak diterima.
πͺ Senario Jualan Kuih dari Rumah: Perniagaan Kecil Tapi Sah
β Anak anda buat dan jual biskut homemade dari rumah?Β
β Ambil tempahan untuk raya atau harian melalui WhatsApp?
Itu juga dikira aktiviti ekonomi, dan segala bayaran yang diterima adalah pendapatan β maka wajib dikeluarkan e-Invois.
Walaupun jual dari rumah, selagi pelanggan buat bayaran β e-Invois perlu dibuat sebelum pembayaran diterima.
π± Senario TikTok Seller / Affiliate: Komisen Online
β Anda buat siaran langsung di TikTok dan hasilkan jualan untuk pihak lain?Β
β Anda terima komisen daripada syarikat seperti Shopee, Lazada, atau TikTok Shop?
Semua komisen atau bayaran yang anda terima melalui program affiliate, dropship, reseller atau promosi di platform media sosial dianggap sebagai pendapatan β dan perlu dikeluarkan e-Invois.
Contoh:
- Aisyah promote produk tudung orang lain di TikTok
- Pelanggan klik dan beli β syarikat beri komisen RM30
- Aisyah perlu keluarkan e-Invois kepada Shopee, TikTok atau pihak yang membayar komisen tersebut
π Walaupun tak jual barang sendiri, jika anda dibayar kerana promosi/jualan, itu tetap dikira perniagaan bebas (freelance income)
π Nak tahu lebih banyak senario menarik dan panduan e-Invois lain?Β
π Lawati blog kami di AaraStories untuk artikel terkini!
π E-Invois Untuk Ustaz & Ceramah Masjid?
Ramai yang tak tahu bahawa bayaran ceramah, kuliah, atau bengkel agama juga boleh dianggap sebagai pendapatan profesional.
β Jika ustaz atau penceramah menerima bayaran daripada masjid, sekolah, atau NGO β e-Invois perlu dikeluarkan sebelum bayaran dibuat.
Situasi | Perlu E-Invois? | Nota |
Ceramah Maulidur Rasul dibayar RM300 | β Ya | Tukaran servis rasmi |
Kuliah Maghrib sukarela, tiada bayaran | β Tidak | Bukan transaksi rasmi |
Elaun perjalanan (direkod & diminta) | β Ya | Dikira sebagai tuntutan rasmi |
π§ Ustaz boleh gunakan MyInvois Portal untuk keluarkan e-Invois secara manual β mudah & sah di sisi undang-undang.
π¦ π BONUS UNTUK PELANGGAN AARABOOKKEEPING
π³ Dari serendah RM300 setahun hingga ke pelan eksklusif Founder Access RM999 untuk 3 tahun, AaraBookkeeping sesuai untuk semua tahap perniagaan!
Jika anda melanggan AaraBookkeeping, anda akan menerima:
πΌ Coaching PERCUMA β secara personal atau online! Β
π Panduan khas untuk ustaz, NGO dan masjid Β
π Template invois + bimbingan daftar TIN & MyInvois
Pelanggan kami bukan hanya patuh, tetapi lebih bersedia dan kelihatan profesional di mata pihak luar.
π Berminat Belajar E-Invois & Jadi Coach Seperti Profesional?
π Sertai coaching saya hari ini dan kuasai e-Invois seperti seorang profesional! Sesuai untuk masjid, NGO, usahawan & pekerja bebas yang ingin memimpin perubahan dalam komuniti mereka.
π Pendaftaran terhad β tempat terhad! Β
π Coaching tersedia dalam BM & English
π¬ Berminat?
Sila hantar maklum balas atau pertanyaan anda ke:
π§ Bookkeeper1705@gmail.com
Leave a comment
Your email address will not be published. Required fields are marked *