Bagi sesiapa yang ingin menunaikan Umrah secara DIY, berikut adalah panduan lengkap langkah demi langkah untuk membantu perjalanan anda.
Arinara Homestay
Your Gateway to IOI City Mall and Putrajaya
1️⃣ Tempah Tiket Penerbangan ✈️
- Cari tiket penerbangan menggunakan Trip, Google Flights, atau aplikasi airline terus.
- Pilih penerbangan yang sesuai dari segi harga, transit, dan bagasi.
Penerbangan yang disyorkan:
✅ Penerbangan terus (direct flight): Saudia Airlines, Malaysia Airlines, AirAsia
✅ Penerbangan transit: Qatar Airways, Emirates, Etihad, Turkish Airlines
➡ Tips: Jika bajet rendah, cari penerbangan transit kerana biasanya lebih murah daripada direct flight.
2️⃣ Mohon Visa Umrah Online 🛂
- Saudi eVisa (Multiple Entry) : Jika layak, mohon Saudi eVisa melalui e-visa di platform Nusuk (https://www.nusuk.sa/).
- Muat turun applikasi Nusuk untuk tempahan permit Umrah dan Ziarah.
➡ Tips: Mohon visa sekitar 1 bulan sebelum berangkat untuk elak masalah.
3️⃣ Lengkapkan Vaksin & Insurans 💉
- Vaksin wajib: Meningococcal (ACWY) – wajib untuk masuk Saudi.
- Vaksin Covid-19 (tidak wajib, tetapi disyorkan).
- Insurans perjalanan – lebih baik ambil untuk perlindungan perubatan di sana.
➡ Tips: Pastikan sijil vaksin boleh diakses secara digital atau dicetak sebelum berlepas.
Set Buku Doa Mini Umrah Dengan 21 Flash Kad Doa Ringkas
4️⃣ Tempah Penginapan di Makkah & Madinah 🏨
- Gunakan Halalbooking, Expedia, Trip, atau applikasi tempahan dan carian hotel untuk tempahan hotel.
Hotel di Makkah:
✅ Bajet rendah: Hotel di Aziziyah atau lebih jauh dari Masjidil Haram.
✅ Bajet tinggi: Swissotel, Hilton, Fairmont (dekat dengan Kaabah).
Makkah Clock Royal Tower, A Fairmont Hotel
• Haram in walking distance: 5 min walk (310 m)
• Haram-connected prayer hall
Hotel di Madinah:
✅ Pilih hotel dekat Gate 25 (dekat pintu masuk jemaah wanita).
✅ Contoh: Anwar Al Madinah Movenpick, Pullman Zamzam, Dallah Taibah.
Pullman Zamzam Madina
Haram in walking distance
• Men's section: 2 min walk (160 m)
• Ladies' section: 12 min walk (750 m)
➡ Tips: Tempah awal untuk dapat harga lebih murah.
5️⃣ Susun Pengangkutan di Saudi 🚗
Dari Jeddah ke Makkah:
✅ Teksi (SAR 150-250)
✅ Uber / Careem (SAR 100-200)
✅ Kereta api Haramain (SAR 69-115)
✅ Bas Northwest ( Dari SAR 30.00 ).
Dari Makkah ke Madinah:
✅ Kereta api Haramain Express (1.5 jam)
➡ Tips: Muat turun apps Uber, Careem & Haramain Train sebelum ke Saudi.
6️⃣ Gunakan Aplikasi Penting di Saudi 📲
📌 Nusuk – Untuk tempah slot Raudhah (di Madinah)dan Umrah (Makkah).
📌 Uber / Careem – Untuk pengangkutan.
📌 Haramain Train – Tempah tiket kereta api Jeddah-Makkah-Madinah.
➡ Tips: Pastikan SIM kad Saudi (Mobily, STC, Zain) atau buat pembelian eSim Airalo atau roaming aktif untuk akses internet.
7️⃣ Tukar Duit & Kewangan 💰
- Tukar Riyal Saudi (SAR) di Malaysia
- Guna kad debit/kredit untuk pembayaran.
➡ Tips: Bawa sedikit tunai (SAR 500-1000) dan guna kad untuk transaksi besar.
✨ Kesimpulan:
1️⃣ Tempah flight
2️⃣ Mohon visa online
3️⃣ Pastikan vaksin & insurans
4️⃣ Tempah hotel lebih awal
5️⃣ Rancang pengangkutan
6️⃣ Muat turun apps penting
7️⃣ Urus kewangan dengan bijak
📌 Untuk lebih banyak tips DIY Umrah & Umrah Plus, layari AaraStories!
Leave a comment
Your email address will not be published. Required fields are marked *